Dilema pengguna 'laptop' dan kedai 24 jam

Image credit : Baby Med
Bila kita menggunakan 'laptop' yang pertama kita kena keluarkan 'laptop' , keluarkan 'adaptor', dan keluarkan segala alat2 / bahan untuk di gunakan..... saya rasa aturan untuk menutup nya pun begitu. Boleh mengambil masa 15 minit nak 'settle'kan kerja-kerja tersebut. Ramai pengguna 'laptop' yang gemar melepak di restoran-restoran makanan segera atau dikenali 'lifestyle cafe' atau kedai mamak untuk menatap 'laptop' mereka. 

Bermain 'games', menyiapkan laporan @ thesis atau menyudahkan kerja-kerja yang tertunggak. Ramai juga wakil-wakil syarikat takaful @ MLM yang berjumpa 'client2' mereka di situ.  Banyak daya tarikan yang menyebabkan pengguna 'laptop' menghabiskan banyak masa di situ - Internet laju, 24 jam dibuka, ada TV dan angin sepoi2 bahasa, ada 'washroom' yang bersih dan wangi. Sekali sekala boleh menjeling kepada skrin besar yang menayangkan siaran stesyen tv satelit berbayar. 

Graduasi dan sekeping roti

Image credit : The Mommers

Apabila masuk bulan Ogos hingga Oktober, banyak universiti, kolej universiti dan kolej yang akan mengadakan majlis graduasi untuk meraikan kejayaan para mahasiswa dan mahasiswi menamatkan pengajian mereka di tempat pengajian masing-masing. Kebiasaannya, majlis graduasi akan berlangsung dalam beberapa sidang dan hari... Ada hari pertama, ada hari kedua, ada sidang pagi dan ada sidang petang.

Bagi mereka yang akan menghadiri majlis graduasi sidang pagi, mereka perlu berpagi-pagi, manakala bagi yang sidang petang, mereka perlu berpusu-pusu. Jika terlibat dengan sidang pagi, sudah tentu pihak IPT (A/S), akan memohon para ibu bapa, graduan terutama sekali yang akan mengikuti majlis graduasi di dalam dewan, untuk datang awal. Sangat-sangat awal. Inilah yang dimaksudkan berpagi-pagi.