MENYESAL BETUL BILA BERTUKAR KE PELAN PREPAID

Ya, menyesal betul bila bertukar ke pelan prepaid ONEXOX. Menyesal gila-gila sebab tidak bertukar dari awal lagi, dan kali ini memang tidak akan bertukar ke pelan postpaid lagi. He He

Kali ini  hendak cerita sikit kenapa selepas 16 tahun menggunakan pelan postpaid, saya memutuskan untuk menggunakan pelan prepaid ONEXOX pula. Sesetengah orang mungkin berbeza pendapat, dan saya juga begitu. Kalau hendak lihat dari segi penjimatan, menggunakan pelan postpaid pada lima atau sepuluh tahun lalu memang sangat-sangat menjimatkan. Anda guna anda bayar, dan caj panggilan juga sangat-sangat murah berbanding pelan prepaid ONEXOX. Tetapi pada saya tidak sekarang, sebagai pengguna kita wajar memilih dan perlu diberi peluang untuk membuat pilihan.

1. Waktu dulu untuk mengambil pelan prepaid sangat mahal berbanding pelan postpaid. Kalau hendak ambil nombor yang agak cantik sedikit; saya pernah bayar sehingga seratus lebih untuk pek prepaid tersebut, itu belum termasuk caj panggilan telefon dan SMS. Pernah juga dulu pakai telefon prepaid selama beberapa bulan dan kemudian terminate  kerana tidak tahan dengan caj yang sangat mahal. 

Pilihan terbaik pada masa itu adalah menggunakan pelan postpaid. Sehinggalah 16 tahun kemudian saya buat keputusan untuk menggunakan pelan prepaid ONEXOX. Ko Dah Kenapa?
kredit image : instagram 

2. Sebelum ini, apabila saya ingin travel ke luar negara (takdelah jauh sangat ASEAN saja pun), saya akan menelefon syarikat telekomunikasi untuk membuat international roaming. Saya tidak perlu risau dengan caj terlebih (terkurang tak apa), kerana akaun postpaid ada had kredit. Jika meningkat tinggi, saya yakin yang jumlah bil tidak akan melebihi had kredit kerana nama pun had kan?. Jadi,  jarang-jarang lah menggunakan simkad di luar negara kerana kebiasaannya tempoh berada di luar negara sangat singkat iaitu di antara 4-5 hari, paling lama pun sebulan. Lagipun, penggunaan telefon mudah alih dahulu tidak macam sekarang, semuanya ekslusif - sampai hendak beli nombor pun kena beratur ambil nombor. Sekarang ini di mana-mana pun ada dijual. contohnya kat SINI

TETAPI.....??

3. Tetapi apabila ada beberapa kes pelanggan telefon yang dikenakan caj sehingga melebihi had kredit. jadi  terfikir pulak, macam mana ada had kredit RM700 tetapi bil melebihi dari had kredit. Baru-baru ini ada terjadi pada kawan sendiri di mana bil dia di sekat kerana telah mencecah jumlah hampir RM2,000. Walaupun sebelum itu dia sanggup telefon syarikat telekomunikasi (dari oversea ya) dan pegawai yang menjawab pun mengesahkan kredit dia RM700. Agak-agak goyang ke tidak dengar macam tu?...

4. Kalau dulu semua perkhidmatan percuma, dapat bil tiap-tiap bulan pun percuma kan. Yerlah, pelanggan dah bayar, kenalah ada value added services kan.Tetapi, bila syarikat telekomunikasi mula mengenakan bayaran sekiranya pelanggan memilih untuk menerima penyata bil bercetak, agak-agak goyang ke tidak dengar macam tu?... Pilihan yang ada, jika pelanggan memilih untuk menerima bil melalui email, mereka tidak akan dicaj apa-apa. Kalau satu bil sahaja RM5 sebulan, 12 bulan dah RM60. 

6. Keduanya, apabila GST dikenakan, pelanggan yang menggunakan pelan prepaid tidak dikenakan caj, manakala yang menggunakan postpaid dikenakan caj. Jika purata penggunaan bil setiap bulan RM100 bermakna untuk caj GST sahaja sudah RM6 setiap bulan. Kalau 12 bulan sudah RM72. agak-agak goyang ke tidak dengar macam tu?... 



SEBAB APA SAYA TIDAK MAHU MENGGUNAKAN PREPAID SEBELUM INI

1. Sebab tidak mahu bila elok-elok tengah cakap tiba-tiba line terputus sebab tidak cukup kredit. Tetapi kalau kita dah tahu cara dan trend panggilan setiap bulan, rasanya itu tidak menjadi masalah kan? kalau dah kebiasaannya bil RM100 sebulan, reload sahaja RM100 siap-siap.. Tapi kalau terputus pun, sekarang ini sangat mudah nak reload ada dimana-mana. Ikut internet pun boleh.

2. Sebenarnya hendak kekalkan nombor tu sampai bila-bila. dulu kalau guna prepaid, pelanggan mesti kena reload tiap-tiap bulan hendak kekalkan nombor tu.. kalau tidak guna mesti tetap kena reload...kalau asyik reload, duit melambak banyak pula dalam akaun. kalau guna postpaid, kita bayar bila kita guna, tidak guna tidak bayar lah kan. 

3. waktu dulu, tidak semua pelan prepaid yang ada penyata... hendak semak nombor telefon keluar masuk pun payah. tapi tidak dengan ONEXOX


KENAPA SAYA TUKAR KE PREPAID SEKARANG

1. Bila awal tahun hari tu saya tengok banyak pula kes caj terlebih dari had kredit. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, terpaksalah tukar ke prepaid ONEXOX. sekarang ni bila saya ke luar negara, saya akan reload agak-agak untuk kecemasan sahaja. kalau hendak stay lama di sana, atau nak upload gambar banyak dalam facebook saya akan ambil simkad tempatan yang lagi murah. ONEXOX pun dah ada VOPEE, lagi murah..

2. bertukar ke prepaid ONEXOX ini pun bagus juga, sebab saya akan cuma guna apa yang perlu sahaja. lagipun sekarang ini sudah ramai yang menggunakan aplikasi internet seperti whatsapp atau wechat sama ada untuk menghantar mesej atau menelefon. jadi saya akan reload sekadar yang perlu untuk internet tersebut sahaja

3. Dan saya tidak perlu risau nombor saya akan tamat atau hilang atau ditarik disebabkan kerana saya terlupa untuk reload. Dan saya pun tidak perlu untuk reload kalau baki masih ada sebab kalau saya tidak reload pun tidak kisah.. Sebab nombor prepaid saya sekarang ini sah sampai 2019. Yang lagi seronok, jika saya reload RM50 sebulan, jangkamasa sah nombor itu akan bertambah lagi. Haih, duduk goyang kaki saja lah...

haih nampak tak, banyak cara nak berjimat. macam ini, memang bagus kalau ibu bapa hendak bagi pada anak-anak, tak payah nak topup, tak payah nak reload kredit 
kalau satu keluarga bertukar ke prepaid onexox ni, lagi senang. nak SMS pun free tak perlu pelan internet nak guna WA guna WCHAT... ada keperluan apa-apa, anak-anak boleh SMS jer ibu bapa. 150 SMS kan dah free tiap-tiap bulan. ibu bapa pun tidak perlu reload tiap-tiap bulan kat anak-anak.

#otwao #jomberjimat #prepaidjer #simkadJDT_BRUCELEE #taknaktukarkodahkenapa  #DYSD35960