Tips Bagaimana Cara Untuk Remove Senarai Pencetak Dalam Microsoft Word 2010 (How to remove unwanted lists of printer in Microsotft 2010)

Messy Settings of Printer in Microsoft Word 2010? Do These Five Easy Steps 

Most of us now working using computer and once a while we need to print out the reports? The printer we use at home and office needs to set it. For IT savvy users, this may not be the issues. but what about non-IT savvy? Waiting for an IT people is always the solution but what if new need to print it urgently?

Here is the five easy steps to solve the issues 

Permasalahan :
1. Terdapat banyak senarai printer didalam Microsoft Word
Gambar 1 

2. Tetapi, apabila check di dalam printer setting (Printers & Scanners), tidak semua senarai printer tersebut tersenarai. Bandingkan di antara gambar 1 & gambar 2. 
Gambar 2

Persoalan:
Bagaimana untuk remove senarai printer yang tidak dikehendaki dalam Microsoft Word tetapi tiada dalam senarai Printer & Scanner setting?

Penyelesaian:

1. Pergi ke Control Panel --> Administrative Tools -->  Print Management (Gambar 3 & Gambar 4)
Gambar 3
Gambar 4
2. Apabila tetingkap Print Management terpapar, cari printer yang ingin di buang dari senarai.

Gambar 5
3. Tekan right click bahagian tetikus, click Delete dan OK (Gambar 6 & Gambar 7)
Gambar 6
Gambar 7







Maklumat Terhasil Tanpa Kita Sedari



  • Pernahkah anda terfikir, dalam sehari berapa banyak maklumat yang telah anda tulis – sama ada secara formal mahupun tidak formal. Daripada mesej anda kepada rakan-rakan, mesej kepada ahli keluarga, komen, tips dan status anda di media sosial sehinggalah emel yang anda balas dan hantar kepada orang lain. Pernahkah anda terfikir sekiranya maklumat-maklumat tersebut dikumpul dan di simpan, berapa banyakkah maklumat yang telah anda tulis dan sampaikan kepada orang lain?. 
  • Pernahkah anda  melihat kembali trend penulisan yang telah anda tulis? Adakah ianya berbentuk perkongsian maklumat atau hanya perkongsian kosong atau tips-tips berguna yang dikongsikan untuk kebaikan rakan-rakan dan masyarakat di sekeliling anda?.  Adakah anda juga pernah mengalami situasi di mana gambar, video, suara dan teks yang anda kongsikan kepada rakan-rakan lain, diperolehi semula orang yang berlainan berkali-kali?.

Gambar Hiasan


  • Lazimnya,  anda mengetahui sama ada maklumat yang anda kongsi seperti gambar, video, suara dan teks terlalu banyak apabila anda mendapati telefon yang anda gunakan semakin penuh. Masalah saiz storan telefon yang telah penuh biasanya ditangani sama ada dengan menaiktaraf storan telefon ke saiz yang lebih besar atau anda akan memadam dan menghapuskan beberapa gambar, video, suara dan teks yang anda rasa kurang penting. Pernahkah anda terfikir, mungkin terdapat beberapa gambar, video, suara dan teks yang anda rasa kurang penting itu tetapi mungkin amat berguna pada masa akan datang?. Tetapi, anda tiada pilihan untuk memadamkannya kerana masalah storan yang semakin terhad?

  • Menurut kajian statistik yang diperolehi dari laman sesawang http://www.internetworldstats.com, statistik jumlah pengguna Internet yang paling ramai (data sehingga 30 Jun 2017), adalah dari benua Asia iaitu seramai 1,909,408,707 orang atau sebanyak 55.2% dari jumlah populasi penduduk dunia. Manakala Malaysia pula berada di tangga ke-12 mempunyai jumlah pengguna internet yang paling ramai di benua Asia (data sehingga Mac 2017) atau seramai 69.60% dari jumlah penduduk Asia iaitu 1,874,136,654 (1.87 billion). Sebagai contoh, sekiranya seorang pengguna sahaja di Asia berkongsi sekeping gambar pada satu hari, ini bermakna 1.87 billion keping gambar yang telah dikongsikan di dalam Internet. 

  • Kajian statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) Malaysia pada tahun 2016 pula menunjukkan di antara tiga aktiviti utama pengguna Internet di Malaysia iaitu menulis dan menghantar teks (92.7%),mencari maklumat (90.1%), melayari laman sosial (80.0%), melakukan aktiviti masa lapang dalam Internet (70.9%),  melayari laman elektronik agensi kerajaan (59.0%), melakukan aktiviti perbankan internet  (36.2%) dan melayari laman sesawang beli-belah sebanyak 35.3%. Ini menunjukkan, tiga aktiviti tertinggi yang dilakukan oleh pengguna Internet di Malaysia menjurus kepada penghasilan maklumat dan pengetahuan yang di kongsi dan sebarkan di dalam Internet.



Rajah 1: Tiga Aktiviti Tertinggi Pengguna Internet Di Malaysia
Sumber : Internet Users Survey 2016. (n.d.). from https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/IUS2016.pdf


  • Selain pengguna internet, pemilikan telefon pintar semakin berkembang pantas. Kadar penggunaan Internet yang tinggi ini berkemungkinan di sumbangkan oleh penggunaan telefon pintar yang semakin meningkat di negara ini. Malah, harga bagi setiap telefon pintar juga semakin kompetitif dimana ada diantaranya yang berharga ratusan ringgit sahaja, tidak kurang yang mencecah ribuan ringgit. Seperti statistik yang ditunjukkan di dalam Rajah 1, pelbagai tujuan digunakan oleh pengguna-pengguna telefon pintar di Malaysia. Ada yang menggunakannya untuk berhubung dengan rakan-rakan, ada yang menggunakannya kerana keperluan untuk berkomunikasi, malah tidak sedikit yang menggunakannya sebagai sumber pendapatan. Beberapa kisah menarik menunjukkan terdapat remaja yang menjadikan telefon pintar dan akaun media sosial mereka sebagai sebahagian dari sumber pendapatan. Tidak kurang juga yang menggunakan telefon pintar dan akaun media sosial mereka hanya untuk  berkongsi pendapat dan pengalaman.

  • Tetapi, perkara yang membimbangkan apabila ada di antara mereka yang menggunakan telefon pintar untuk melakukan perklara-perkara yang kurang bermanfaat seperti menulis komen-komen yang tidak bermanfaat, bermain permainan yang melalaikan malah sanggup melakukan cyber bulling (buli siber) dan sebagainya. Justeru, sewajarnya sebagai pengguna yang bijak, anda memastikan penggunaan telefon pintar dibawa kearah kebaikan, untuk menjana kebaikan. Di dalam persekitaran teknologi maklumat (IT), telefon pintar di kategorikan sebagai komputer mikro. Telefon pintar yang merupakan sebuah komputer mikro, melaksanakan empat proses iaitu berperanan untuk memproses input iaitu data  yang dimasukkan ke dalam telefon pintar, memproses data tersebut, menyimpan data di dalam storan seperti cakera keras (hard disk) dan slot mikro, seterusnya setelah diproses dikeluarkan sebagai output di dalam bentuk maklumat yang boleh di baca dan di simpan.

Maklumat berharga di hujung jari

  • Maklumat yang di perolehi dan dihasilkan di dalam penggunaan telefon pintar kebiasannya di dalam bentuk gambar, video, suara dan teks. Keempat-empat maklumat ini dihasilkan dari pelbagai aplikasi yang terdapat di dalam telefon pintar tersebut. Setiap pengguna yang mempunyai telefon pintar mempunyai beberapa aplikasi media sosial seperti FacebookWhatsapp, TelegramInstagram dan lain-lain untuk menghasilkan output tersebut. Manakala, kelaziman, kesedaran dan pemahaman seseorang tentang sesuatu perkara seperti fakta-fakta, data, keterangan atau kemahiran yang diperoleh melalui pengalaman, pembacaan, pemerhatian atau pembelajaran melalui dengan melihat, belajar atau penemuan di kenali sebagai pengetahuan. Untuk itu, boleh dikatakan, segala maklumat yang ditaip, diterjemahkan atau ditulis semula oleh pengguna Internet di dalam aplikasi telefon pintar boleh dirujuk sebagai pengetahuan.

  • Di dalam aplikasi telefon pintar , lazimnya pengguna media sosial ada mewujudkan beberapa group (kumpulan) bergantung kepada keperluan minat dan topik perbincangan mereka. Sebagai contoh, group bagi kelas yang sama di sekolah, group bagi mereka yang terlibat di dalam persatuan yang sama atau juga group bagi mereka yang menyertai kelas tambahan malam. Tujuan utama diwujudkan group sebegini untuk memudahkan perkongsian pengetahuan di antara rakan sesama group. Di dalam istilah pengurusan pengetahuan, groups (kumpulan) disebut sebagai community of practice (komuniti amalan). Menurut John Mitchell dan Sarah Wood (2001) dan Marco Bettoni (2002), kewujudan community of practice memberi banyak kelebihan dan kebaikan kepada individu serta organisasi tersebut. Kelebihan community of practice menurut Marco Bettoni boleh dibahagikan kepada dua iaitu kebaikan kepada individu dan juga organisasi dalam jangka masa pendek dan panjang seperti disenaraikan di dalam jadual di bawah:

  
Jadual 1 : Kelebihan Community of Practice
Sumber : Bettoni, M. (2002). Communities of Practice: Meanings, Benefits and Methodology. from http://www.weknow.ch/marco/A2002/Rome02/Slides_021106.pdf

  • Secara ringkasnya, apabila anda menyertai sesuatu group di dalam aplikasi telefon pintar, bukan sahaja anda akan menyumbangkan pengetahuan di dalam bentuk perkongsian gambar, video, suara atau teks, bahkan kewujudan group tersebut juga memberi banyak manfaat kepada anda sebagai individu dan juga kepada organisasi di mana anda berada, sama ada di institusi pengajian tinggi yang anda belajar atau di syarikat yang anda sertai.
Pengurusan pengetahuan dalam kehidupan seorang pelajar

  • Sebagai seorang pelajar, terutama sekali bagi mereka yang berada di institusi pengajian tinggi, penggunaan telefon pintar sangat memberi faedah. Kebanyakan institusi pengajian tinggi pada masa ini menggunakan aplikasi IT di dalam sistem pembelajaran dan pengajaran. Terdapat institusi pengajian tinggi yang bukan sahaja menggalakkan penggunaan aplikasi IT untuk proses pembelajaran yang lebih berkesan tetapi juga menggalakkan inisitatif  tersebut untuk memudahkan proses penyimpanan pengetahuan di dalam sistem yang lebih sistematik dan teratur. Ini bertujuan untuk memudahkan rujukan bagi pelajar dan tenaga pengajar serta memudahkan proses menganalisa tahap pencapaian dan pemahaman pelajar. Seorang pelajar juga boleh memanfaatkan penggunaan telefon pintar dengan lebih berkesan untuk mendapatkan maklumat yang terdapat di laman internet dengan lebih pantas. Maklumat yang diperolehi di dalam Internet, perlu diproses oleh telefon pintar untuk menghasilkan pengetahuan yang boleh dikongsi bersama-sama dengan community of practice. Kebolehupayaan mendapatkan maklumat yang sahih, diolah, diproses, disimpan dan dikongsikan secara bertanggungjawab dapat memberikan manfaat yang besar kepada mereka. Sebagai contoh, terdapat beberapa community of practice yang mewujudkan group untuk menyebarkan maklumat berkaitan maklumat pekerjaan terkini, tips-tips belajar secara berkesan serta maklumat berkaitan bengkel dan sessi latihan yang boleh dimanfaatkan oleh para remaja

  • Di dalam laman sesawang komersil lain seperti syarikat penerbangan, syarikat pengangkutan awam atau syarikat penyedia kewangan, koleksi maklumat dan pengetahuan yang disimpan dan dikumpulkan untuk dirujuk oleh pelanggan dan bakal pelanggan dikenali sebagai frequently asked questions (FAQ) iaitu soalan-soalan yang sering diajukan atau knowledge base (KB) atau bermaksud pengetahuan asas.

Memanfaatkan penggunaan telefon pintar dan menguruskan pengetahuan secara berhemah

  • Setiap maklumat yang anda taip dan komen akan menjadi maklumat kekal sekiranya terdapat pertambahan beberapa proses lain. Apakah proses lain tersebut? Sebagai contoh, apabila anda menaip komen di aplikasi media sosial, komen tersebut akan menjadi kekal atau tidak kekal bergantung kepada sama ada wujudnya tindakan seterusnya (sama ada oleh anda sendiri atau orang lain). Sekiranya tiada siapa yang membaca, menghantar kepada orang lain atau membuat salinan secara screenshot, maklumat tersebut tidak akan menjadi kekal. Tetapi, jika ianya telah dibaca, di hantar  atau dibuat salinan secara screenshot, maka agak sukar untuk anda memadamkan komen-komen tersebut. Apatah lagi sekiranya ia telah disebarkan pula ke laman-laman media sosial yang lain. Untuk itu, sentiasa berhati-hati dengan maklumat dan pengetahuan yang ingin anda kongsikan. Setiap maklumat yang ditulis boleh menjadi maklumat yang berguna mahupun tidak bergantung kepada keputusan yang anda buat.

Walaubagaimanapun, di antara kelebihan  berkongsi pengetahuan secara berhemah iaitu:
  1. Menjana idea-idea baru di dalam persekitaran community of practice yang mempunyai minat dan halatuju yang sama 
  2. Membantu di dalam proses pembelajaran yang lebih berkesan. Rakan sebaya dapat berkongsi pengetahuan berdasarkan pengalaman yang mereka lalui.
  3. Perkongsian pengetahuan dapat mengurangkan masa di dalam pencarian maklumat terbaru dengan bantuan rakan sebaya.
  4. Mempercepatkan proses membuat keputusan yang lebih berkesan dan cepat. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin membeli telefon berjenama baru, cara yang paling cepat dan berkesan untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan sesuatu jenama adalah dengan bertanya kepada rakan sebaya.
  5. Mengelakkan berlakunya kesilapan yang sama oleh orang yang lain.

Jadilah seorang remaja yang pintar, dengan menggunakan telefon pintar, sepintar nama yang
diberi. Hargai maklumat dan pengetahuan yang ada di hujung jari anda. Satu hari nanti, anda
pasti akan berbangga melihat kompilasi maklumat yang terhasil di dalam telefon anda dan
pengetahuan yang dikongsikan sangat bermanfaat untuk orang lain.






Selera Nasi Unta Di Madinah


Pertama kali mendengar, ramai yang mencadangkan untuk mencari nasi kabsyah unta semasa di Madinah. Puas juga saya dan rakan mencari-cari sampai ke lorong-lorong yang tidak pernah saya lalui sebelum ini semasa di Madinah.


Kami berjalan perlahan-lahan menyelusuri setiap lorong sambil melihat keadaan serta perniagaan yang di jalankan. Tidak terfikir sebelum ini yang di Madinah ini boleh menikmati makannan laut terutama sekali ikan bakar.

Oleh kerana makanan laut bukan tujuan kami, maka kami pun meneruskan berjalan mencari di mana letaknya kedai nasi unta yang disebut-sebut. Jam hampir menunjukkan pukul 10.30 malam. Kalau di Malaysia, sudah pasti kami telah nyenyak tidur.

"Tak jumpa jugak lah haji", bisik saya pada Haji Azizi di sebelah

"Cuba kita cari ke depan sikit, kalau tidak jumpa juga, kita patah balik", sahut rakan saya. 

Patah balik? Hampa.

Hendak ke Madinah bukannya boleh datang setiap hari atau setiap bulan. Bak kata orang, macam hendak pergi haji balik hari.

Bila dah sampai, terpaksa patah balik. 

"Ok boleh haji, kalau ada rezeki kita, adalah. Malam pun semakin larut. Nanti esok perlu bangun subuh awal", balas saya sambil menjeling-jeling jika ada mana-mana kedai yang meletakkan gambar unta sebagai tanda.

Hampa juga. Kedai menjual daging mentah menjual unta ada. 


Saya mencuit Haji Azizi sebentar. "Jom haji kedai depan tu macam ada nasi kabsyah", kata saya sambil terus menuju ke kedai yang menjual nasi di hadapan mata.

"Hal indaka kabsyah jamal?", tanya saya kepada pekedai tersebut. Dia faham ke apa yang saya sebut ini? Hentam saja lah labu. Tergelak sedikit saya, sebab tidak berapa fasih berbahasa Arab, jadilah dengan menterjemah secara satu-satu.

Hal - Adakah

Indaka - Awak ada

Kabsyah - Nasi kabsyah

Jamal - Unta.

"Ma fi", jawab pekedai tersebut sambil menarik tangan saya untuk masuk ke kedai dia. Haji Azizi beri isyarat untuk patah balik semula. Saya dengan sopan menolak pelawaan pekedai tersebut dan terus berpusing balik mengikut rakan dari belakang.

#triplet_umrah
#nov_2017
#nasi_unta
#rezeki_bila_dimimpi



KENAPA MEMBUAT KERJA SECARA 'MULTI TASKING' BUKAN PILIHAN YANG BIJAK

.elearninglearning.com
Di dalam pengurusan projek, terdapat 2 cara yang boleh diambil oleh pengurus projek untuk merangka penjadualan atau melaksanakan pengurusan masa bagi sesuatu projek iaitu menggunakan kaedah Critical Path Method (CPM) atau kaedah Critical Chain Project (CCP). Secara ringkasnya:
kaedah CPM melihat kepada kebergantungan aktiviti-aktiviti yang dilakukan di dalam projek manakala CCP merupakan kaedah yang melihat kebergantungan sumber. Contoh paling utama bagi sumber di dalam pengurusan projek iaitu pekerja. 
Multi tasking atau disebut kebolehan melakukan pelbagai tugas kadang-kadang dilihat sebagai jalan penyelesaian kepada masalah sumber manusia. Sebagai contoh, seorang pekerja kebiasaannya akan melakukan kerja lebih dari satu tugas dalam satu masa. Seorang pekerja tidak hanya melakukan satu kerja pada satu-satu masa. Secara alaminya, 

Sekiranya tugas seorang pentadbir rangkaian IT di sebuah organisasi, mungkin tugas beliau sahaja bukan setakat mentadbir rangkaian, memantau dan menyelenggara, ttapi juga dia perlu terlibat di dalam projek projek yang melibatkan rangkaian IT . Setelah selesai, berkemungkinan dia juga perlu menjadi tenaga pengajar untuk mengajar tentatng sistem atau proses operasi sesuatu rangkaian kepada pekerja lain. 

Berbanding dengan tiada multi tasking. kebiasaannya penggunaan sumber di dalam multitasking adalah secara berulang-ulang, iaitu seorang pekerja yg sama akan digunakan untuk melakukan tugas yang lain juga. Di dalam terma pengurusan projek di namakan proses berjujukan (sequential).

Sumber (CCP) atau Aktiviti (CPM)?

Di dalam  melaksanakan penjadualan projek (project scheduling), pengurus projek mempunyai pilihan untuk melihat sama ada ianya bergantung kepada aktiviti atau bergantung kepada sumber yang ada.

Katakan lah apabila tiba sahaja musim cuti sekolah, kita akan menerima panggilan telefon, SMS serta Whatsapp kita penuh dengan jemputan-jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan. Jadi bila kita pergi sahaja ke majlis tersebut, pelbagai bentuk tempat dan cara tuan rumah ingin menjayakan dan melaksanakan majlis perkahwinan tersebut. 

Ada yang buat di rumah sendiri, maka terpaksalah mereka menyewa khemah dan memberitahu jiran-jiran tentang penutupan jalan di hadapan rumah. Ada pula yang menyewa dewan dan juga menempah makanan dari pihak katering. Ada juga yang mengadakan majlis di hotel-hotel terkemuka sahaja untuk memudahkan tetamu dan mereka yg datang disamping mempunyai peruntukan yang banyak. Pokok pangkalnya tuan rumah mengadakan majlis tersebut di tempat-tempat yang pelbagai  disebabkan oleh kekangan atau juga pilihan yang mereka ada. 

Ini sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Goldratt dalam Teori Kekangan beliau yang sangat popular di dalam buku The Goal. Menurut Goldratt, sekiranya kita ingin memastikan projek yang dirancang berjaya, dan dilaksanakan, kita perlu mengenalpasti apakah kekangan (constraint) yang ada di dalam tugasan-tugasan kita. Berdasarkan daripada kekangan tadilah maka barulah kita memikirkan cara untuk mengatasi masalah seperti kelewatan atau kekurangan tenaga pekerja.

Berbalik kepada urusan kenduri perkahwinan tadi . Apa pula kaitan antara teori Goldratt ni dengan majlis perkahwinan yang ada sekarang ni?

Cuba anda fikirkan sebentar. Semasa zaman saya kecil dulu, kebanyakan ibu bapa akan mengadakan kenduri perkahwinan hanya pada waktu cuti sekolah dan juga di adakan selama beberapa hari (ada berinai besar, ada berinai kecil, ada  lunch, ada dinner dan sebagainya) dan di adakan di halaman rumah masing-masing. Tetapi sekarang, agak sukar untuk kita lihat majlis perkahwinan yang diadakan mengambil  masa beberapa hari

Malah, jika kita lihat, majlis-majlis perkahwinan bukan setakat tertumpu pada waktu cuti sekolah sahaja, tetapi juga ada di laksanakan pada musim cuti perayaan dan juga hujung-hujung minggu. Persoalannya, adakah majlis tersebut di anggap gagal kerana tidak diadakan dalam tempoh beberapa hari dan juga diadakan pada waktu cuti persekolahan? Sudah tentu jawapannya tidak. kerana kejayaan sesuatu majlis itu bukan terletak pada waktu dan tempoh masa tertentu, tetapi terletak pada bagaimana seseorang pengurus projek itu (dalam konteks majlis perkahwinan tadi, mungkin pengurus acara) dapat mengenalpasti setiap kekangan yang wujud dan melaksanakan acara @ sesuatu projek di dalam jangkamasa kekangan tersebut

Inilah yang dikatakan Theory of Constraint.  Kenalpasti kekangan dalam sesuatu tugasan dan eksploitasikan kekangan tersebut untuk menguruskan sumber yang sedia ada. Pasti berjaya

Kelemahan Multi Tasking vs Kekangan (Constraint)

Kenapa dikatakan melakukan multitasking itu bukan pilihan yang bijak

Multi tasking atau disebut kebolehan melakukan pelbagai tugas kadang-kadang dilihat sebagai jalan penyelesaian kepada masalah sumber manusia. Sebagai contoh, seorang pekerja kebiasaannya akan melakukan kerja lebih dari satu tugas dalam satu masa. Seorang pekerja tidak hanya melakukan satu kerja pada satu-satu masa. Secara alaminya
http://www.rklesolutions.com/blog/whats-wrong-with-multitasking/


Untuk sedikit penerangan, saya merujuk kepada Tugasan 100 (yang ditandakan dengan warna biru) di dalam gambarajah di atas. Jika melihat kepada gambarajah di atas, dengan tidak melakukan multitasking, tugasan 100 (Biru) dapat diselesaikan dalam masa seminggu sahaja, akan tetapi, apabila multitasking di lakukan, tugasan 100 (Biru)  hanya dapat dilaksanakan dalam jangkamasa yang lebih lama iaitu 3 minggu.  Dari segi kekangan, apabila pengurus projek melaksanakan projek secara berjujukan, hanya satu kekangan yang dikenalpasti iaitu kekangan untuk menyelesaikan tugasan 100 (Biru) dalam masa seminggu.

Tetapi, apabila semua tugasan dilakukan secara multitasking, walaupun tiga tugasan dapat dilakukan dalam satu masa, namun tugasan asal yang sepatutnya dapat dilaksanakan dalam masa seminggu tidak dapat diselesaikan. Dari segi kekangan, berbanding dengan melakukan secara berjujukan, perlaksanaan tugasan secara multitasking akan menyebabkan pengurus projek perlu mengenalpasti lebih banyak kekangan yang harus dieksploitasikan secara amnya. 

Sebenarnya, ada banyak lagi kelemahan-kelemahan apabila kita melakukan tugasan secara multitasking, untuk bacaan selebihnya, boleh lungsuri laman sesawang berikut:

  1. http://www.rklesolutions.com/blog/whats-wrong-with-multitasking/
  2. https://www.psychologytoday.com/blog/creativity-without-borders/201405/the-myth-multitasking
  3. http://www.thenewatlantis.com/publications/the-myth-of-multitasking
  4. http://www.npr.org/2013/05/10/182861382/the-myth-of-multitasking
  5. https://www.sciencefriday.com/segments/the-myth-of-multitasking-2/