![]() |
image : http://www.codeproject.com
|
Kenapa saya selalu tekankan
tentang WBS dan kadang-kadang ada mereka yang mungkin
rasa ianya satu perkara yang nampak remeh, ringan tapi sangat berkepentingan.
WBS ini bukan sahaja penting di dalam mengstrukturkan tugasan kerja kita dalam konteks yang lebih teratur dan sistematik, tetapi ianya juga sangat penting dan bermakna untuk mengstrukturkan perkara-perkara lain di dalam pengurusan kerja @ projek seperti pengurusan kos, pengurusan risiko, pengurusan sumber dan pengurusan jadual @ jangkamasa (scheduling).
Jadi, apa pentingnya WBS ni dalam kehidupan kita seharian? Ok, disini letaknya helah WBS ni yang saya rasa suka untuk berkongsi dengan anda semua
Pernahkah kita terfikir kenapa ada
orang yang berjaya, ada orang yang kurang berjaya, ada orang yang boleh buat 10
kerja dalam satu masa, dan ada orang yang boleh buat hanya 1 kerja tapi dia
dilabelkan sangat otai dalam hasil kerja dia; tetapi semua manusia di dunia ni
mempunyai masa 24jam yang sama? ummpphhh...
Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada sistematiknya pengurusan masa kita, tetapi dalam catatan ini, saya hanya ingin melihat dari lensa kaca mata yang satu iaitu - menguruskan masa dari perspektif elemen pengurusan projek iaitu WBS .

Perkara ini saya rasa bukan baru, ini
kerana Mark Kozak-Holland iaitu pengarang buku Project Management Blunders
juga melakukan perkara yang sama apabila beliau mengupas kelemahan dan faktor-faktor
berlakunya beberapa kejadian seperti tragedi Titanic dari lensa pengurusan
projek. Perkara ini yang saya cuba dan sering luahkan kepada pelajar-pelajar
saya supaya ianya dapat di adaptasikan dalam kehidupan mereka. Apabila selesai
menonton video tersebut, baru kita akan faham, oh yer betullah. sebenarnya
apabila berlaku sesuatu masalah, ianya bukan sahaja kerana sebab-sebab
teknikal, tetapi juga sebab-sebab bukan teknikal seperti masalah komunikasi,
pengurusan yang longgar dan sebagainya
Secara relatifnya, WBS
merupakan satu kaedah untuk mengstrukturkan atau meng-uraikan sesuatu tugasan @
kerja kepada blok-blok yang lebih kecil. Sebagai contoh, tahun 2017 mempunyai
12 bulan, dan setiap bulan mempunyai lebih kurang 4 minggu, dan setiap minggu
mempunyai 7 hari dan setiap hari mempunyai 24 jam. Dan, pada peringkat yang
terakhir ini,di dalam pengurusan projek dipanggil work packages
yang memerlukan kita menghuraikan aktiviti-aktiviti apa yang ingin kita laksanakan.
Dalam aspek kehidupan seharian, konsep WBS boleh digunapakai untuk mengstrukturkan aktiviti seharian kita dengan cara lebih sistematik. Sebagai contoh, dalam kiraan masa seorang pelaku WBS tegar tidak akan melihat sehari itu hanya mempunyai 24 jam tetapi merupakan sehari yang mempunyai 3 blok masa dimana setiap blok masa adalah berkadaran selama 8 jam!. Pening tapi jelas kan?. Saya bagi lagi contoh ringkas bagaimana seorang pekerja boleh membahagi-bahagikan masa beliau sehari pada hari Sabtu untuk mendapatkan pengurusan masa yang lebih efisien dan efektif hanya dengan mengadaptasikan helah WBS ini. Contoh aktiviti hari Sabtu seorang yang menghabiskan masa untuk belajar dan juga bekerja pelajar dan juga bekerja.
Jika anda lihat jadual pada hari Sabtu pelajar & pekerja tersebut di atas, pasti anda boleh nampak kepentingan WBS ini di dalam mengstrukturkan aktiviti harian beliau. Apabila diaplikasikan konsep WBS ini, baru kita nampak ada sedikit kelompangan dalam beliau mengstrukturkan aktiviti-aktiviti (di dalam WBS dipanggil work packages) seharian beliau.
Jadi, anda boleh gunakan konsep WBS ini di dalam kehidupan seharian anda. Nanti saya akan kongsikan konsep WBS ini di dalam aspek pengurusan kerja lain seperti pengurusan kewangan, pengurusan risiko dan lain-lain.
fakhrulnizam@gmail.com
Contoh WBS bagi tahun 2017

Contoh WBS hari Sabtu bagi seorang pelajar/pekerja