TIPS MUDAH UNTUK 'COPY PASTE' DARI 'COLUMN' KE 'BARIS' DALAM PERISIAN MICROSOFTEXCEL


Pernah tidak kita terfikir macam mana susahnya hendak salin data yang ada di dalam perisian Microsoft Excel dari lajur ke baris dan sebaliknya. Sebenarnya fungsi tersebut memang ada di dalam perisian tersebut iaitu fungsi transpose. Untuk menggunakannya senang sahaja, ikuti langkah-langkah satu persatu yang ingin saya tunjukkan di bawah ini

Katakan anda ada senarai pelajar dan markah bagi setiap subjek. Oleh kerana anda perlu meletakkan senarai subjek di secara menegak, jika anda taip secara manual, mungkin kesilapan akan berlaku jika mempunyai data yang banyak. Kalau data macam bawah ini, tidak perlu pening-pening kepala baca tips saya, salin dan tampal macam biasa. :)
 Rajah 1 

Ok, yang ni rajah asal di mana senarai pelajar adalah secara menegak manakala senarai subjek adalah secara mendatar (baris). Membujur lalu melintang patah dalam contoh ini memang tiada.


Rajah 2
Sekarang anda ingin pindahkan dimana senarai subjek ingin diletakkan secara menegak, manakala senarai pelajar secara mendatar bukan? Ok, ikuti langkah seterusnya di bawah



Rajah 3
Apa yang anda perlua buat ialah, tandakan (highlight) kesemua data tersebut. Tekan klik sebelah kanan pada tetikus anda hingga terkeluar kotak yang panjang seperti di atas.

Setelah itu, klik pada copy.

Setelah lakukan langkah pada rajah 3, pergi ke mana-mana ruang kosong yang anda ingin letakkan, klik sekali lagi tetikus sebelah kanan:

1. Tunjukkan kursor tetikus anda pada perkataan Paste Special
2. Klik pada logo Transpose seperti di bawah.
Rajah 4



Rajah 5
Naaahhh, ini hasilnya..




No comments:

Post a Comment