Selera Nasi Unta Di Madinah


Pertama kali mendengar, ramai yang mencadangkan untuk mencari nasi kabsyah unta semasa di Madinah. Puas juga saya dan rakan mencari-cari sampai ke lorong-lorong yang tidak pernah saya lalui sebelum ini semasa di Madinah.


Kami berjalan perlahan-lahan menyelusuri setiap lorong sambil melihat keadaan serta perniagaan yang di jalankan. Tidak terfikir sebelum ini yang di Madinah ini boleh menikmati makannan laut terutama sekali ikan bakar.

Oleh kerana makanan laut bukan tujuan kami, maka kami pun meneruskan berjalan mencari di mana letaknya kedai nasi unta yang disebut-sebut. Jam hampir menunjukkan pukul 10.30 malam. Kalau di Malaysia, sudah pasti kami telah nyenyak tidur.

"Tak jumpa jugak lah haji", bisik saya pada Haji Azizi di sebelah

"Cuba kita cari ke depan sikit, kalau tidak jumpa juga, kita patah balik", sahut rakan saya. 

Patah balik? Hampa.

Hendak ke Madinah bukannya boleh datang setiap hari atau setiap bulan. Bak kata orang, macam hendak pergi haji balik hari.

Bila dah sampai, terpaksa patah balik. 

"Ok boleh haji, kalau ada rezeki kita, adalah. Malam pun semakin larut. Nanti esok perlu bangun subuh awal", balas saya sambil menjeling-jeling jika ada mana-mana kedai yang meletakkan gambar unta sebagai tanda.

Hampa juga. Kedai menjual daging mentah menjual unta ada. 


Saya mencuit Haji Azizi sebentar. "Jom haji kedai depan tu macam ada nasi kabsyah", kata saya sambil terus menuju ke kedai yang menjual nasi di hadapan mata.

"Hal indaka kabsyah jamal?", tanya saya kepada pekedai tersebut. Dia faham ke apa yang saya sebut ini? Hentam saja lah labu. Tergelak sedikit saya, sebab tidak berapa fasih berbahasa Arab, jadilah dengan menterjemah secara satu-satu.

Hal - Adakah

Indaka - Awak ada

Kabsyah - Nasi kabsyah

Jamal - Unta.

"Ma fi", jawab pekedai tersebut sambil menarik tangan saya untuk masuk ke kedai dia. Haji Azizi beri isyarat untuk patah balik semula. Saya dengan sopan menolak pelawaan pekedai tersebut dan terus berpusing balik mengikut rakan dari belakang.

#triplet_umrah
#nov_2017
#nasi_unta
#rezeki_bila_dimimpi



No comments:

Post a Comment