Graduasi dan sekeping roti

Image credit : The Mommers

Apabila masuk bulan Ogos hingga Oktober, banyak universiti, kolej universiti dan kolej yang akan mengadakan majlis graduasi untuk meraikan kejayaan para mahasiswa dan mahasiswi menamatkan pengajian mereka di tempat pengajian masing-masing. Kebiasaannya, majlis graduasi akan berlangsung dalam beberapa sidang dan hari... Ada hari pertama, ada hari kedua, ada sidang pagi dan ada sidang petang.

Bagi mereka yang akan menghadiri majlis graduasi sidang pagi, mereka perlu berpagi-pagi, manakala bagi yang sidang petang, mereka perlu berpusu-pusu. Jika terlibat dengan sidang pagi, sudah tentu pihak IPT (A/S), akan memohon para ibu bapa, graduan terutama sekali yang akan mengikuti majlis graduasi di dalam dewan, untuk datang awal. Sangat-sangat awal. Inilah yang dimaksudkan berpagi-pagi.




Manakala bagi mereka yang kena datang pada sidang petang, istilah berpagi-pagi ke tempat graduasi tidak wujud sebab kalau pertengahan pagi pun mereka sempat lagi... Tetapi, mereka perlulah berpusu-pusu untuk mencari tempat meletak kenderaan.

Beruntung kalau kawasan tersebut sgt luas, mungkin istilah berpusu-pusu juga tidak timbul. Sebab yang keluar sidang pagi masih ingin bergambar-gambar, manakala yang sidang petang berpusu-pusu mencari kawasan meletak kenderaan.

Bila tiba di tempat graduasi, sekali tengok jam di buku dan di dinding tidak sama. Ada orang bertanya 'kenapa jam di buku, majlis bermula 8.30pagi, tetapi jam di dinding waktunya tidak mahu berhenti?'. Ikut nasib kata orang, kalau yang berpagi-pagi itu datang, dengan perut tidak di alas sekeping roti, alamatnya kalau dalam dewan graduasi pun tidak disediakan roti... sangat-sangat menyeksa diri.....

Selamat bergraduasi.

No comments:

Post a Comment