Dilema pengguna 'laptop' dan kedai 24 jam

Image credit : Baby Med
Bila kita menggunakan 'laptop' yang pertama kita kena keluarkan 'laptop' , keluarkan 'adaptor', dan keluarkan segala alat2 / bahan untuk di gunakan..... saya rasa aturan untuk menutup nya pun begitu. Boleh mengambil masa 15 minit nak 'settle'kan kerja-kerja tersebut. Ramai pengguna 'laptop' yang gemar melepak di restoran-restoran makanan segera atau dikenali 'lifestyle cafe' atau kedai mamak untuk menatap 'laptop' mereka. 

Bermain 'games', menyiapkan laporan @ thesis atau menyudahkan kerja-kerja yang tertunggak. Ramai juga wakil-wakil syarikat takaful @ MLM yang berjumpa 'client2' mereka di situ.  Banyak daya tarikan yang menyebabkan pengguna 'laptop' menghabiskan banyak masa di situ - Internet laju, 24 jam dibuka, ada TV dan angin sepoi2 bahasa, ada 'washroom' yang bersih dan wangi. Sekali sekala boleh menjeling kepada skrin besar yang menayangkan siaran stesyen tv satelit berbayar. 


Majoriti restoran atau 'cafe' yang berkonsepkan 24 jam kadang2 juga bukan merupakan tempat yang sesuai untuk mereka yang ingin duduk 24 jam di situ - tidak segah namanya 24 jam. Restoran 24 jam tetapi tidak boleh pula stay 24 jam.

Bayangkan jika aturan kerja pengunjung restoran 24 jam mereka begini. 
  • jam 8.30 pagi sudah terpacak di kedai 24 jam ingin memulakanrutin kerja 
  • - membuka komputer riba dsb, duduk di situ sehingga jam 1 tengahari, perlu 
  • bergegas untuk menunaikan solat zuhur (terpaksa tutup dan bungkus semua). takkan nak tinggalkan macam tu jer....
  • Kalau ada idea tengah laju, cepat2tulis kat kertas sbb tak nak terlambat atau idea hilang begitu sahaja. 
  • akhirnya, restoran 24 jam bukan juga restoran 24 jam untuk pelanggan sbb yang 24 jam hanya pada pintu restoran yang tidak ditutup sahaja.

Selain daripada 'laptop', orang sekarang ramai menggunakan 'gadget' yang banyak dan canggih. kalau datang ke kedai 24 jam, meja yang panjang tiada laci..... dan laci biasanya ada kunci... tapi bila meja panjang tiada laci berkunci, jadi semuanya kena letak di atas meja tanpa kunci kecuali 'passcode lock', password dan masuk kocek. Bila fenomena pengguna 'laptop' yang tiada 'tablet' mahal di dalam kedai 24 jam, banyak benda yang berbeza.




No comments:

Post a Comment