Tips Menyimpan Duit : Cara Telur

Image credit : Seni Telur
Telur dan kehidupan?

Telur amat signifikan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Tidak kira usia dan pangkat atau taraf kehidupan, setiap rumah dan keluarga pasti akan memastikan bekalan telur sangat-sangat cukup di rumah setiap masa. :) Kan?. Telur bukan sahaja menjadi pelengkap kepada hidangan makanan seharian, malah penyediaannya yang begitu mudah, cepat dengan kos yang murah menyebabkan telur menjadi pilihan. Hidangkan sahaja nasi panas bujang, beserta kicap dan telur goreng, nah sudah siap hidangan yang lengkap mengenyangkan dan mengikut belanjawan rakyat. :)

Bukan sahaja nampak mudah dan ringkas, dengan hanya sebiji telur juga nilai sesebuah makanan itu akan meningkat dengan secara berkadaran juga... Kalau tidak percaya, pergi saja ke gerai burger biasa, apa beza di antara burger biasa dan burger special? Hanya sebiji telur bukan?.. disamping pelbagai lagi rencah dan isi yang diletak oleh peniaga. 



Telur dan tips menyimpan duit?


Perasan atau tidak, apakah saiz atau gred telur yang digunakan  di kedai-kedai makan?. Kalau tidak pasti, apabila kita berbelanja di pasaraya atau di pasar-pasar malam yang penjualnya hanya menjual telur, baru kita akan nampak perbezaan gred-gred telur kerana berbagai pilihan gred telur  yang diletak. Ada yang bersaiz A, B, C sehinggalah sekecil-kecil gred iaitu F.


Setiap kali kita makan di luar, terutama sekali pada waktu sarapan, selalunya kita akan pilih nasi goreng + telur goreng, mee goreng + telur goreng atau kalau kita makan lontong pun pasti ditambah telur rebus. Begitu juga kalau makan nasi lemak, pasti ada 'terselit' sedikit dipotong empat. Sarapan kegemaran rakyat Malaysia iaitu ROTI CANAI pun mesti ada telur. Kalau tiada telur, rasa makanan tersebut kosong sekosong roti telur.

Jarang di antara kita (saya lah tu), bertanya berapa harga sebiji telur goreng yang kita letak dengan nasi lemak yang kita makan. Selalunya saya beranggapan harganya ialah 50sen sebiji..masih sama dengan harga sebiji telur goreng semasa waktu saya belajar hampir 15 tahun dahulu.  Cuma mungkin saiznya sahaja yang berbeza. Jadi sekiranya harga nasi lemak itu RM1,50 ditambah dengan sebiji telur goreng berharga 50sen , menjadikan belanja kita menjadi RM2. Cuba lihat kira-kira ringkas di bawah. Dengan anggaran tambahan RM1 setiap hari, jika ambil purata 20 hari sebulan kita makan diluar, maknanya ada pertambahan RM20 sebulan. Kalau setahun? RM 240 tambahan tu boleh saja kita laburkan duit tersebut untuk membeli emas bukan?


Waktu Makan
Jenis Makanan
Tanpa Telur
Dengan Telur
Sarapan
Nasi Lemak
RM 1.50
RM 2.00
Tengahari
Nasi Berlauk
RM 5.00
RM 5.50
Malam
Nasi Berlauk
RM 4.00
RM 4.00
Jumlah

RM10.50
RM 11.50


Untung ke berjimat hanya kerana telur sebiji?

Sebenarnya persoalan untung atau tidak, cara terbaik dan sebagainya itu sangat-sangat subjektif.  Ada sesetengah orang yang tidak kisah dengan sedikit peningkatan - RM20 sebulan tidak membawa apa-apa. Tetapi, bagi sesetengah orang RM240 setahun itu sangat berharga.  Hanya dengan mengurangkan sebiji telur dalam makanan, atau bawalah sendiri telur goreng dari rumah...ianya dapat menjimatkan wang kita sehingga sebanyak itu..... Sekiranya tidak dapat berpisah makanan dengan sebiji telur, bawa sahaja sebiji telur yang telah siap digoreng dari rumah....saya rasa jika harga sebiji telur gred C di pasaraya mungkin boleh dianggarkan di antara 20 sen hingga 30 sen sebiji sahaja. Kalau tidak banyak yang kita boleh jimatkan, sedikit penjimatan pun sangat bermakna. 

Agak-agaknya berapa harga roti kosong dan roti telur di tempat anda? Adakah perbezaan harga roti kosong dengan roti telur sesuai dengan harga sebiji telur?

No comments:

Post a Comment